This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, January 1, 2015

MISI DAN VISI

MISI

Memastikan Sekolah Ini Ceria
Murid-Muridnya Berjaya Dan Warga Kerjanya Bahagia
Bagi Memenuhi Aspirasi Masyarkat Dan Negara

VISI
Mencapai Taraf Sekolah Gemilang Dan Melahirkan Murid Yang Cemerlang

PIAGAM PELANGGAN
1. Murid menerima pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terkini sebagai memenuhi matlamat budaya ilmu.
2. Memastikan murid-murid menerima didikan mengikut keupayaan mereka dengan penuh kasih sayang.
3. Memastikan semua murid berpeluang mengembangkan kebolehan dan potensi dalam semua bidang tanpa pilih kasih.
4. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid-murid diawasi sebaik-baiknya.
5. Menjadikan kawasan sekolah dan bilik darjah tempat yang paling seronok dan boleh merangsang minat belajar dalam diri murid-murid.
6. Menyediakan perkhidmatan dan layanan mesra, ikhlas, cepat, lengkap dan penuh dedikasi.
7. Sentiasa bersedia menerima dan melayani teguran, cadangan yang membina daripada semua pihak untuk kesejahteraan murid dan kecemerlangan akademik.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PENAFIAN

Terma dan syarat penggunaan Portal SK Perempuan Bandar Kluang ini adalah seperti berikut:

1. Syarat-Syarat Akses

SK Perempuan Bandar Kluang berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web ini dengan tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan SKPB Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. SKPB Kluang berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Dengan mengakses bahan-bahan yang disediakan oleh SKPB Kluang di dalam laman web ini, anda mengakui dan menerima kenyataan di bawah dan bersetuju untuk mematuhi syarat yang dinyatakan di bawah. Baik maklumat mahupun sebarang pendapat yang terkandung di dalam laman web ini, ia tidak menyumbang kepada satu permintaan . Maklumat dan bahan-bahan termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam laman web ini boleh diubahsuai, dipadamkan atau diganti dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa di atas budi bicara pentadbir Portal SKPB Kluang.
Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan SKPB Kluang tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.

Portal ini hanya membenarkan warga SKPB Kluang sahaja menyertai forum atau memberi komen untuk mengawal sebarang maklumat yang bercanggah dengan etika internet dan mengelakkan sebarang tohmahan, fitnah serta serangan bercorak peribadi.

Kami tidak memberi jaminan bahawa laman web ini boleh sentiasa diakses tanpa sebarang gangguan, selamat, bebas daripada virus komputer atau lain-lain pencerobohan kod yang boleh memusnahkan. SKPB Kluang tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan yang menyebabkan sebarang kelewatan, ketidaktepatan atau kesilapan di dalam maklumat atau di dalam penyiarannya.


2. Ketepatan Laman Web Ini

Laman Web ini ini boleh mengandungi ketidaktepatan yang tidak disengajakan atau kesilapan taip. Ia akan diperbetulkan atas budi bicara pentadbir pengendali (moderators),unit terlibat atau pegawai yang memasukan artikel sekiranya ada. Maklumat di laman web ini sentiasa dikemaskini, tetapi ketidaktepatan mungkin masih ada atau ia berlaku semasa proses mengemaskini dilakukan. SKPB Kluang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut.


DASAR PRIVASI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain.

Maklumat yang dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Tuesday, December 30, 2014

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1928 di tapaknya yang asal iaitu di tapak Sekolah Agama Gunung Lambak, di Jalan Mersing, sekarang ini. Pada masa itu, bilangan muridnya hanya dalam lingkungan 30 orang, terdiri daripada lelaki dan perempuan.Nama asalnya ketika itu ialah Sekolah Melayu Jalan Mersing.
Pada tahun 1935,murid-murid lelaki telah dipindahkan ke sekolah lain dan yang tinggal hanya murid-murid perempuan sahaja. Empat tahun kemudian (1939),sekolah ini dpindahkan ke Jalan Sekolah ( di tapak SK Lelaki Bandar sekarang ini) kerana wujudnya penempatan orang Melayu di sana sejajar dengan pembinaan Masjid Jamek Kluang sekarang ini. Bilangan murid pada masa itu dianggarkan lebih kurang 220 orang. Namanya ketika itu diubah kepada Sekolah Umum Perempuan Bandar Kluang.
Tidak lama selepas dipindahkan ke tapak baru ini, sekolah ini ditutup kerana perang dunia dan hanya dibuka setelah keadaan aman semula. Selepas dibuka semula, bilangan muridnya meningkat kepada lebih kurang 350 orang.Pada tahun 1956, sekolah ini diubah namanya sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar. Dipercayai mulai tahun itu juga, sekolah ini telah mula menerima kemasukan murid-murid bukan Melayu.
Pada tahun 1980, pada masa Cik Hjh Khadijah Binti Husin menjadi Guru Besar, sekolah ini beralih tempat sekali lagi, kali ini bertukar ganti tempat dan bangunan dengan SK Lelaki Bandar. Semenjak hari itu hingga sekarang, kekallah lokasi sekolah ini di Jalan Esa seperti adanya sekarang ini. Dikatakan sebab utama pertukaran tempat ini dibuat ialah untuk memberi ruang yang lebih luas kepada murd-murid lelaki kerana tapak asal sekolah ini pada ketika itu adalah lebih luas dan mempunyai padang permainan.Bangunan sekolah ini seperti sekarang terdiri daripada 1 bangunan kayu 2 tingkat, 1 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok bangunan 3 tingkat jenis pasang siap. Dari awal hingga sekarang sudah mempunyai 14 orang Guru Besar ( 8 orang daripadanya perempuan). Sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Normala binti Shamsudin

Sunday, May 13, 2012

TINTA GURU BESAR

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Dalam kesempatan yang terluang ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langusng mahupun tidak langsung dalam merealisasikan penubuhan Laman Web Sekolah ini.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkayakan rakyat Malaysia dengan ilmu IT, SKPB menyahut cabaran ini lalu terzahirlah sebuah laman web yang memang dinanti-nantikan oleh setiap warganya. Seluruh warga sekolah harus berbangga dengan produk yang lahir atas usaha kita bersama.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Atas daya inilah tujuan utama laman web ini menjadi kenyataan. Ibubapa diberi kemudahan secara langsung untuk mengetahui intipati dan agenda sekolah yang boleh didapati dengan hanya satu ‘klik' di hujung jari. Kemudahan di hujung jari ini juga bagi memudahkan para pelawat yang mengunjung ke laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SKPB dan pencapaiannya.

Manfaatkanlah ilmu yang ada di sekeliling kita. Arus perubahan dan pemodenan haruslah kita terokai bersama agar kita tidak ketinggalan dalam anjakan paradigma ini. Semoga segala keringat yang tumpah menjanjikan satu harapan baru dalam usaha membawa SKPB ke arah yang lebih cemerlang dengan prestasi yang mengagumkan, Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

daert

A fish is any member of a paraphyletic group of organisms that consist of all gill-bearingaquatic craniate animals that lack limbs with digits. Included in this definition are the livinghagfish, lampreys, and cartilaginous and bony fish, as well as various extinct related groups. Most fish are ectothermic ("cold-blooded"), allowing their body temperatures to vary as ambient temperatures change, though some of the large active swimmers like white sharkand tuna can hold a higher core temperature.[1][2] Fish are abundant in most bodies of water. They can be found in nearly all aquatic environments, from high mountain streams (e.g., charand gudgeon) to the abyssal and even hadal depths of the deepest oceans (e.g., gulpers andanglerfish). At 32,000 species, fish exhibit greater species diversity than any other group of vertebrates.[3]

Fish are an important resource worldwide, especially as food. Commercial and subsistence fishers hunt fish in wild fisheries (see fishing) or farm them in ponds or in cages in the ocean (see aquaculture). They are also caught by recreational fishers, kept as pets, raised byfishkeepers, and exhibited in public aquaria. Fish have had a role in culture through the ages, serving as deities, religious symbols, and as the subjects of art, books and movies.

Because the term "fish" is defined negatively, and excludes the tetrapods (i.e., the amphibians, reptiles, birds and mammals) which descend from within the same ancestry, it isparaphyletic, and is not considered a proper grouping in systematic biology. The traditional term pisces (also ichthyes) is considered a typological, but not a phylogenetic classification.

The earliest organisms that can be classified as fish were soft-bodied chordates that first appeared during the Cambrian period. Although they lacked a true spine, they possessednotochords which allowed them to be more agile than their invertebrate counterparts. Fish

padang macam hantu

A fish is any member of a paraphyletic group of organisms that consist of all gill-bearing aquatic craniate animals that lack limbs with digits. Included in this definition are the living hagfish, lampreys, and cartilaginous and bony fish, as well as various extinct related groups. Most fish are ectothermic ("cold-blooded"), allowing their body temperatures to vary as ambient temperatures change, though some of the large active swimmers like white shark and tuna can hold a higher core temperature.[1][2] Fish are abundant in most bodies of water. They can be found in nearly all aquatic environments, from high mountain streams (e.g., char and gudgeon) to the abyssal and even hadal depths of the deepest oceans (e.g., gulpers and anglerfish). At 32,000 species, fish exhibit greater species diversity than any other group of vertebrates.[3]
Fish are an important resource worldwide, especially as food. Commercial and subsistence fishers hunt fish in wild fisheries (see fishing) or farm them in ponds or in cages in the ocean (see aquaculture). They are also caught by recreational fishers, kept as pets, raised by fishkeepers, and exhibited in public aquaria. Fish have had a role in culture through the ages, serving as deities, religious symbols, and as the subjects of art, books and movies.
Because the term "fish" is defined negatively, and excludes the tetrapods (i.e., the amphibians, reptiles, birds and mammals) which descend from within the same ancestry, it is paraphyletic, and is not considered a proper grouping in systematic biology. The traditional term pisces (also ichthyes) is considered a typological, but not a phylogenetic classification.
The earliest organisms that can be classified as fish were soft-bodied chordates that first appeared during the Cambrian period. Although they lacked a true spine, they possessed notochords which allowed them to be more agile than their invertebrate counterparts. Fish